jum klik²

28 November 2012

Muda-muda dah kahwin

Peringkat umur berapakah yang boleh dianggap muda tapi dah kahwin?

Hieee saja nak cerita pasal kahwin. Dah kahwin ke? Eh X X, saya single lagi gituuu. Sekarang ni memang ramaikan orang kahwin muda, ok la tu kalau dah jodoh sampai selain mengelakkan daripada berlakunya sumbang mahram ececeyh gitu. Bila tengok orang yang muda pada saya dah kahwin rasa macam tercabar gitu haha eh eh mudanya dah kahwin. Alaaa kenapa dah kahwin saya xkahwin lagi kot haaa boleh x macam tu? 

Ok, kawan-kawan saya yang satu kepala satu sekolah dulu belum ada lagi yang mendirikan rumah tangga. Kalau nak diikutkan umur ni kalau kahwin dah beranak pinak agaknya haha.. (Jangan tanya umur saya berapa hik) Bila jumpa je tanya sapa la yang kahwin dulu.. *Dalam hati mitak² la aku kahwin dulu ahaaaa boleh x macam tu. Gedik alamKawan yang saya kenal masa PLKN dulu dia kahwin masa umur 20tahun, sekarang ni dia dah mengandung anak kedua hieee cute kan? Masa tengok dia sanding tervayang-vayang apalah rupa kalau aku kahwin dok bersanding haha. Malu-malu kah? 

Well, sapa baca blog DenaBahrin angkat tangan? Haha korang yang blogger tegar ni mesti kenal dia kan..? Dena sangat comel hiee suka tengok muka dia and mata dia yang bulat tu, sekarang ni dia pun dah berumah tangga dalam usia yang boleh dikatakan muda, sangat comelkan? Dalam sibuk belajar, dia juga seorang isteri yang solehah. Ma Sha Allah saya suka baca tweets dia.  

Semalam saya BW and terbaca blog sorang medic student from M'sia yang belajar dekat UK. Agak terkejut bila baca and dapat tahu yang dia dah kahwin. Umur 22tahun. Gosh! Memang sangat cool plus laki dia pun belajar dekat sana haha. Rasa macam alaaa bestnyaaa dan rasa dengki terus waaahaha XD. Ramai jugak kenalan saya yang kahwin tahun 2012 ni, semoga jadi isteri yang solehah dambaan syurga :)



Dah nak sampai penghujung tahun 2012 ni, apa agaknya azam saya untuk tahun depan.


3 comments:

Belalang hijau Perisik said...

dulu sblm kahwin belalang anggap umur 27 baru layak kahwin... tapi belalang sendiri pun kahwin umur 25 and wife time tu 23... huhuhu...

so rasanya umur 21 tahun mcm tu klu dah rasa matang sgt boleh kot kahwin :)

sea_lavender said...

skg ni smua kawin di usia muda kan? hee :D pe2 pn smua tanggjawab baru di galas dan rahsia Allah apabila bertemu jodoh awal.. tuan blog ble lagi? hehe :D

cekmet said...

belalang hijau perisik: hehe tu la bdak2 skrang ni smuanya dah matang :)

sea_lavender : betul2 kita doakan yg kita dikurniakan jodoh yg baik2 in sha Allah.. ermm lambat lg kot heii :))